Forum menjana pendapatan melalui Adsense


You are not connected. Please login or register

http://portable-evaporative-cooler.blogspot.com/

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

Naz

avatar
Senior Member
Senior Member
Hi semua. Actually, saya nak kasi tips yg lebih mudah untuk anda semua mendapatkan keyword yang niche. Saya baru sahaja mendapatkan 1 keyword niche dalam masa 2 minit. Pertama tanamkan dalam minda bahawa bilangan niche itu adalah infiniti. Ini memberi maksud niche itu tidak terhad kepada 1, 2 atau 3 perkataan sahaja. Kita boleh gabungkan, buang, cantas, terbalikkan dan apa sahaja keyword2 yang kita ada. Bayangkan berapa puluh ribu single word yang ada dalam kamus Oxford. Jika digabungkan dan ditambah dengan perkataan2 yang lain, ia akan menghasilkan lebih banyak variasi perkataan.

Dalam pasaran internet masa kini, jika kita mahu mempromosi sesuatu, sebagai contoh kasut (shoes). Perkataan 'shoes' itu sahaja sudah mempunyai ratusan juta muka surat laman web yang bersangkutan dengan perkataan tersebut. Adakah anda fikir menggunakan perkataan tersebut dapat menghasilkan jualan? Jika anda fikir ya, mungkin anda perlu memeriksa suhu badan anda. Atau pun anda memang seorang pakar pemasaran internet.

Jika kita tambahkan 1,2 atau 3 patah perkataan, contohnya 'custom made boxing shoes', ia akan mengurangkan jumlah pesaing sebanyak 1000 kali ganda. Lihat, betapa besar jumlah yang dapat kita jimatkan jika kita memilih pasaran yang niche. Jadi jangan buang masa anda menghasilkan berpuluh-puluh laman blog/web semata-mata mahu mendapatkan pendapatan Adsense yang tidak seberapa. Ubah minda dan persepsi anda sekarang kerana zaman semakin canggih dan pihak Google akan sentiasa mengemaskini sistem mereka supaya para pengiklan (advertiser) mendapat jualan. Tugas kita sebagai publisher adalah menyediakan platform (blog/web) yang boleh menarik pelanggan yang berkualiti serta akan membeli jika menemukan iklan-iklan di dalam platform tersebut.

Ok, saya stop story pasal perkara tu. Sekarang, saya nak ceritakan pula bagaimana saya dapat niche seperti tajuk blog saya di atas. Selain menanamkan dalam fikiran niche adalah infiniti, saya juga yakin niche itu berada di mana-mana. Kebetulan saya menggunakan 'pad cooler' untuk laptop saya ketika ini. Jadi idea kasar sudah saya perolehi. Jadi saya taipkan perkataan 'cooler' dalam SEOBOOK.

Saya klik submit dan tersenarai berpuluh2 keyword yang menggunakan perkataan 'cooler'. Saya melihat secara rambang keyword2 tersebut dan saya tertarik pada perkataan 'evaporative cooler'. Saya lihat ada 163 carian harian menggunakan perkataan tersebut. Pada fikiran saya sudah tentu ramai saingan jika saya menggunakan perkataan tersebut. Jadi saya klik perkataan 'evaporative cooler' tadi untuk melihat keyword2 yang lebih khusus. Saya melihat perkataan 'portable evaporative cooler' ada 45 carian harian. Saya meninjau2 dalam search engine berapa saingan yang bakal saya hadapi. Alhamdulillah cuma ada 59,100 pages pesaing. Saya kira2 nilai niche tersebut adalah 44. Itu dikira ok.

Dalam Adwords purata CPC 3.26USD. Jadi ianya ada nilai dalam iklan. Saya terus menggunakan 'portable evaporative cooler' sebagai url serta tajuk blogspot saya. Pasal saya dah mengantuk, saya akan edit dan update blog baru tu sok lusa. Maklumlah... saya dah booking keyword niche tu. Jadi saya tak perlu risau jika ada orang lain cuba nak pilih tajuk tu. Hehehee...

Itulah cerita serba sedikit bagaimana saya buat blog seperti di atas. Sekian... Very Happy

http://portable-evaporative-cooler.blogspot.com/


_________________
Smile
View user profile http://ads3ns3.blogspot.com/

Annies

avatar
New Member
New Member
hi naz, actually apa yang u tulis tu i paham tak paham sangat. tp mcm bagus. x per, i cuba baca berkali2 untuk pahamkan apa yang i x paham. lepas ni, kalau i tak paham, i akan minta u pahamkan i yer. i ada buat blog, tp pasal hidup harian je. pasal i tak de apa2 yang special utk ditulis.

View user profile http://handmade-beaded-earrings.blogspot.com

ayid


New Member
New Member
TQ Naz for the info, for u annies, apa kata u klik http://tools.seobook.com/keyword-tools/seobook/index.php dan mulalah main-main dengan apa2 saja keywords yang terlintas. Lepas dah dapat kat situ copy dan paste kat laman carian google.

Tengok jumlah carian kalau tak ok, cuba lagi....

Saya syorkan cuba main dengan keywords earring

Buat sekarang....

Very Happy

View user profile

ayid


New Member
New Member
Naz, apa pendapat kau ttg blog aku ni ttg jam tentera brand luminox stealh
http://luminoxstealth.blogspot.com/ atau ada syor lain ttg benda ni?

Lagi satu aku buat http://hennessy-hammoks.blogspot.com/ tolonglah bagi tunjuk ajar....he...he aku pun bukan pro....

View user profile

Naz

avatar
Senior Member
Senior Member
ayid wrote:Naz, apa pendapat kau ttg blog aku ni ttg jam tentera brand luminox stealh
http://luminoxstealth.blogspot.com/ atau ada syor lain ttg benda ni?

Lagi satu aku buat http://hennessy-hammoks.blogspot.com/ tolonglah bagi tunjuk ajar....he...he aku pun bukan pro....

Keyword 'luminox stealth' agak kurang (atau hampir tiada) demand dlm search engine. Tp ada nilai dlm adwords. Spt yang biasa aku buat, aku akan :
1. Cari niche keyword yang ada carian harian melebihi 33 sehari.
2. Tetapi page related mesti kurang 100k.
3. Dan mempunyai nilai dalam Adwords.

So, agak2 blog2 yg ko buat tu memenuhi ketiga2 syarat tu x?


_________________
Smile
View user profile http://ads3ns3.blogspot.com/

Elly

avatar
Senior Member
Senior Member
mcm senang jer u buat blog tu. lama da i x online. apa yg i baca dah lupa. hehee... tp i baca balik kat blog tu.

View user profile

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum