Chit Chat Adsense
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum menjana pendapatan melalui Adsense


You are not connected. Please login or register

Definisi SEO

3 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Definisi SEO Empty Definisi SEO Tue Nov 04, 2008 11:18 am

Naz

Naz
Senior Member
Senior Member

Pengoptimuman enjin pencarian ataupun dalam bahasa Inggeris disebut Search Engine Optimizer (SEO) adalah proses serta usaha untuk memperbaiki kandungan dan kualiti trafik untuk satu kedudukan jaringan daripada enjin-enjin pencarian melalui hasil carian. SEO juga boleh difokuskan pelbagai jenis pencarian, termasuk pencarian imej, pencarian tempat, dan perniagaan khusus.

Dalam strategi pemasaran internet, aktiviti SEO melibatkan analisa bagaimana enjin-enjin pencarian bekerja dan apakah yang dicari oleh kebanyakan orang mencari dalam internet. Mengoptimakan sebuah laman web melibatkan suntingan kandungan dan pengekodan HTML, khususnya kuncikata (keyword) serta membuang halangan-halangan untuk memudahkan aktiviti-aktiviti pengindeksan enjin-enjin pencarian. Kadangkala hubungan-hubungan antara kandungan sebuah laman blog/web perlu distrukturkan kembali.

SEO adalah satu istilah yang diterima dalam industri pemasaran internet oleh pakar-pakar yang menjalankan projek-projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan-pelanggan mereka, dan juga oleh Internet Marketer (IM) yang menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan SEO in-house. Enjin pencarian optimizers mungkin menawarkan SEO serupa satu perkhidmatan mandiri atau sebagai sebahagian satu kempen pemasaran yang lebih luas. Kerana SEO yang berkesan mungkin memerlukan perubahan untuk kod sumber HTML sebuah tapak, taktik-taktik SEO mungkin digabungkan ke dalam pembinaan tapak jaringan dan reka bentuk.

Selain itu, teknik-teknik SEO yang terkenal ialah Spamdexing (tersenarai dalam BlackHat), menggunakan kaedah seperti membina 1 kumpulan jaringan keyword yang disasarkan untuk mengelirukan spider robot sewaktu kerja-kerja mengindex laman blog/web dilakukan. Namun cara ini tidak digalakkan.

Dalam perkataan biasa, SEO lebih mudah dikenali sebagai aktiviti mesra enjin carian. Berapa lama masa yang diperlukan bergantung kepada aktiviti SEO itu sendiri dan jumlah pesaing yang perlu dihadapi. Para pesaing juga ada SEO mereka sendiri dan masing-masing mahukan tempat terbaik dalah carian enjin. Selain itu Page Rank (PR) amat penting dalam usaha-usaha SEO. Semakin tinggi PR, semakin tinggi peluang laman blog/web tersenarai dalam kedudukan terbaik.

http://ads3ns3.blogspot.com/

2Definisi SEO Empty Re: Definisi SEO Mon Nov 10, 2008 8:46 pm

Elly

Elly
Senior Member
Senior Member

ooo... panjangnya definisi dia. yang i dapat tangkap just mesra carian engine jer.. mula2, i ingatkan CEO, rupanya SEO drunken

3Definisi SEO Empty Re: Definisi SEO Wed Nov 12, 2008 2:41 am

Naz

Naz
Senior Member
Senior Member

CEO tu dah lain maksudnya. SEO jauh bebeno dng CEO. Kalau nak info lg, u taip saja 'Search Engine Optimizer' dalam search engine. Ada baaaaanyakkk lagi maklumat yang boleh u baca.

http://ads3ns3.blogspot.com/

4Definisi SEO Empty Re: Definisi SEO Tue Jan 13, 2009 3:37 am

Elly

Elly
Senior Member
Senior Member

ok, tq. U memang pakar.

5Definisi SEO Empty Re: Definisi SEO Tue Jan 20, 2009 1:31 am

Putera Miskin

Putera Miskin
New Member
New Member

Baru aku aham menatang SEO tu. Selalu gak aku jumpa prkataan SEO kat internet. Aku ingatkan amender la.. tq 3x

6Definisi SEO Empty Re: Definisi SEO Sun Jan 25, 2009 10:41 pm

Naz

Naz
Senior Member
Senior Member

sama2... kalo hang ada maklumat tambahan pasal seo, post la kat sini

http://ads3ns3.blogspot.com/

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum