Selain update blog (kalo rajin hari2, kalo malas seminggu sekali. Tapi untuk blog baru lebih kerap lebih baik), kita juga kena rajin mendapatkan backlink atau link exchange dengan sites yang ada PR tinggi. PR adalah singkatan page rank. Selalunya kat Google toolbar mozilla atau ie ada button yang btulis 'pagerank'. Nilainya dari N/A,0 sehingga 10. Semakin tinggi nilai PR, semakin utama kedudukan site tersebut dlm search engine. Selain itu, PR menggambarkan berapa bnyk jaringan kepada sesebuah site. Sebagai contoh, google.com mempunyai 1,570,000 backward links. Sudah semestinya PR nya tinggi... menghampiri 10. So, usahakan mendapatkan backlink seberapa bnyk yg boleh dengan site ber PR tinggi dengan cara menulis di ruangan komen, directories, submit article, dan sebagainya.
Sebagai contoh situasi saya..Saya ada buat 1 blog baru 4 hari lepas. Semalam blog tersebut telah diindex oleh Google. Dan ada 4,5 visitor telah menemui blog tersebut via beberapa keyword dlm search engine hari ini (walaupun bukan keyword yg saya target). Walaupun tiada klik pd ads, namun perkara ini cukup menyeronokkan. Kerana saya hanya menulis diruangan komen 20 blog (lebih kurang) ber PR lebih dari 5 dan diakhir komen saya pamerkan url blog saya tu. Selain tu saya kuatkan keyword niche pada HTML dan body blog serta submit blog pada Google webmaster central. Proses2 tu hanya mengambil masa 2 jam. Hari ini saya mendapat pulangannya... iaitu traffik. So, saya boleh membina blog2 niche baru yang lain dengan proses yang sama disamping berusaha meningkatkan PR blog2 yang lama. Ok, tu cuma contoh dr pengalaman saya. Mungkin awak ada idea yang lebih simple dan cepat... boleh kongsikan kat sini...
Pasal PIN, tunggu saja ketibaannya lagi 4 minggu (lebih kurang). Biasalah kadang2 ada masalah shipping ataupun hilang. Just fokus pada mengoptimakan income adsense. kalo dah cecah 100 boleh cashout. jng lupa belanjer...heheee. Gurau jer...