16
Re: Selamat datang ke forum Ads3ns3 on Thu Dec 25, 2008 9:55 pm
Waalaikumsalam... Hidup lagi forum ni rupenyer.. aku ingat semua dah senyap. tu pasal aku jarang jengok sini. hi bro freestyler. Salam perkenalan dan selamat datang. memang betul seperti yang sis elly tulis tu. keywords tu memainkan peranan penting untuk 'memunculkan' iklan adsense dalam blog atau website. tetapi jika iklan yang didaftarkan dlm adwords tidak mencukupi, mungkin akan kelur iklan2 lain yang langsung x berkaitan dengan keywords. berkenaan niche bro ayid tu, sebenarnya adsense cuba memadankan dengan iklan yang ada dlm database adwords. memang selalu terjadi begitu. dlm search engine x der kuar iklan,tp bila dlm blog ada pulak iklan. tu jng dipeningkan sangat pasal jika bina 1 blog yang niche, iklan yang relavent akan keluar. Jika kita bina blog yang campur-campur, iklan yang kuar pun campur2 juga macam rojak penang. apa yang penting kita tahu nak cari niche yang baik (kurang saingan, ada demand dan ada nilai dlm adwords). pas tu bangunkan blog dan buat marketing. semudah abc.. tp jika x der kesabaran dan ketekunan, memang sukar. aku harap ko paham dengan penerangan ringkas aku ni. tq kerana bertanya dan aku suka untuk menjawabnya kerana aku suka jawab mender2 yang aku tahu. kalau aku x tau aku akan beritahu aku tak tahu. berkenaan niche ko pasal w.m tu amat bagus kerana nilai dlm adwords tinggi. tp kena lebih rajin wat marketing pasal saingan terlalu banyak. maybe ko gunakan h.p.k tp yang penting haruslah niche yg kurang saingan. hehee... terover pulak aku ni. oklah, semoga suksess 
_________________

Home





