fareast wrote:“ Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan senda gurauan. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa adakah kamu tidak memikirkannya?”. (Al-An’aam 32)

Hmm.. teringat aku pasal 1 article yg aku baca pasal dunia dan realiti. Artikel tu tulisan Harun Yahya. Dlm artikel tu, dia tulis dunia ni tak lain hanyalah sebuah 'penampakan' kepada roh. 'Realiti' itu sebenarnya tidak wujud sama sekali. Sebagai contoh, mimpi... Semasa bermimpi kita tak pernah sedar bahawa kita sedang bermimpi. Apa yang dilihat dan dirasakan dlm mimpi seolah2 seperti ianya benar2 terjadi, seperti berjalan, makan dan berbual2. Padahal kita sebenarnya sedang berbaring di atas katil dng mata tertutup rapat. Bila kita tersedar, barulah kita tahu sebenarnya semua yang kita alami itu cuma mimpi.
Kita sudah terbiasa dengan 'ruang dan masa' yang sejak dari janin sehingga dewasa kita melaluinya yang dipanggil sebagai 'realiti'. Apa yang dirasakan oleh deria2 kita, kita mempercayainya sebagai sesuatu yang benar-benar wujud. Persoalannya, apakah 'kewujudan' itu benar2 wujud? Hmmm... mungkin 1 persoalan yang sukar terjangkau oleh akal fikiran kebanyakan manusia.
So, aku ingat nak stop sampai sini pasal aku sendiri sedang buat research pasal topik ni. Tapi taklah terlalu serius pasal aku bukan ahlinya. Sekadar merenung kekuasaan Allah yang Maha Bijaksana mengatur kehidupan seisi alam maya.